Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

Laporan Khas

Pirografi: Bakat dan minat jadi mata pencarian

SEREMBAN, 5 Mac - Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjadi perhatian utama yang dilihat berpotensi untuk dikembangkan.

Mengusahakan "Pirografi" atau aktiviti melukis di atas papan kayu dengan menggunakan unsur panas api sebagai pena, usaha yang jarang didapati itu mempunyai daya maju.

Pelukis seni kayu, Azrul Nizam Muhammad, 30 tahun yang berkecimpung dalam industri ini selama empat tahun pernah mendapat bantuan menerusi Tabung Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

Perniagaannya dimulakan dengan menjalani latihan dan kursus berhubung langkah untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. 

Kelihatan mudah, namun ia memerlukan kepakaran yang sangat tinggi apabila berhadapan cabaran struktur.

Antaranya urat kayu lembut yang mudah terbakar jika tidak dikawal dengan teliti.

Dengan menggunakan kayu pine terpilih; ukiran melalui proses pembakaran dibuat menggunakan alat pemateri elektrik dan ‘gas blow torch flame’.

Beliau turut mendapat perhatian Kraftangan Negeri Sembilan bagi mempamerkan hasil kerja tangannya.

Juga mendapat sokongan kukuh daripada SME Corp.

Malah Azrul berpeluang untuk membawa hasil kerjanya ke Berlin dalam International Tourism Berlin namun menghadapi kekangan dengan situasi wabak COVID-19; apabila pihak Berlin terpaksa membatalkan pameran tersebut.

Anak muda ini memilih bidang seni kayu sebagai mata pencarian berbekalkan bakat dan minat terhadap seni lukisan dan pertukangan. 

Pemilik Ijazah Sarjana Seni Lukis & Seni Reka Teknologi Perindustrian ini pernah dicalonkan SME Corp bagi mewakili Malaysia ke 2nd Asean Young Entrepreneur Forum di Kemboja pada 2018 dan membuat dekorasi Papan Tanda Terbakar teratak kucing Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Laporan Khas
  • Jumlah paparan: 268