Thursday, 8 December 2022

Cadangan kawal selia industri kecantikan negara, disokong pelbagai agensi, NGO

  • Published in Laporan Khas

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 28 September- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merancang mengawal selia industri kecantikan di negara ini.

Usaha itu disambut baik pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) terutama yang terlibat dalam industri berkenaan.

Terbaharu, Lembaga Kecantikan Negara (LKN) yang didaftarkan Disember tahun lalu, sebagai agensi yang mengawal selia industri kecantikan, memberi bimbingan dan panduan kepada pengguna dan peniaga.

Presidennya, Nelson Ooi Teik Seng berkata, ia bagi menyokong dan membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan aduan yang diterima melalui saluran yang betul.


(Presiden Lembaga Kecantikan Negara, Nelson Ooi Teik Seng)

"Malaysia ini ada garis panduan,.. kita membantu dan kerjasama dengan kerajaan , kita bekerjasama dengan pengguna lain seperti membuat kecantikan, memberi produk yang penting, harga yag berbeza dan juga produk", katanya.

Menurut Setiausaha LKN, Hasnidza Ahmed Redza, kewujudan badan itu juga adalah bagi memastikan pengguna terbela dan perniagaan terbabit tidak terjejas.

"Kami memberi khidmat nasihat secara percuma. Peniaga lain kami memang ada platform untuk mereka berbincang untuk dapatkan hak hak sebagai peniaga", katanya.

Kenyataan itu disokong Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Abdul Malik Jamaran.

Menurutnya, tuntutan berkaitan estetik adalah tuntutan kelima tertinggi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) iaitu sebanyak 661 kes tahun ini.

"Kesedaran dari segi pendidikan bermakna setiap individu itu mendapatkan khidmat nasihat sebelum melakukan program kecantikan ini, banyak isu yang berlaku sekarang dimana pakar kecantikan di Malaysia ini tidak berlesen. Jadi itu yang sangat membimbangkan, kita ingin membantu kerajaan mengadakan garis panduan ini", katanya.

Mereka ditemui media dalam majlis Penutup Forum Industri Kecantikan 'The Insight & Future of Beauty Industry 1.0' di Kuala Lumpur.