Tuesday, 17 May 2022

Sudah lebih tujuh dekad Rakyat Palestin dizalimi di bumi sendiri

  • Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Sudah lebih tujuh dekad Rakyat Palestin dizalimi di bumi sendiri.

Pada 15 Mei lepas genap 73 tahun tragedi pengusiran umat Islam palestin oleh zionis yahudi yang angkuh mengisytiharkan sebuah negara Haram Israel di bumi palestin.

Ikuti laporan khas Tragedi Nakba disediakan wartawan Tuan Ikram Tuan Mohamad.

Peristiwa itu juga menjadi saksi pengusiran kira-kira 800,000 rakyat Palestin yang tinggal di 1,300 kampung dan bandar.

Semuanya bermula melalui Persidangan Zionis Antarabangsa (WZO) pertama di Switzerland pada tahun 1897 bagi memulakan langkah menubuhkan negara Israel.

British memberi jaminan mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin melalui Deklarasi Balfour pada 1917.

Perkara itu menjadi tiket kemasukan beramai-ramai kaum Yahudi ke bumi Palestin pada tahun 1933 hingga 1948.

Penderitaan rakyat Palestin sejak daripada itu berterusan hingga ke hari ini.