Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Program V-Ifiter bantu rakyat amalkan gaya hidup sihat

  • Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 15 Nov - Pandemik Covid-19 telah mengubah norma dan rutin hidup sebahagian besar rakyat Malaysia secara drastik.

Tatkala tabiat yang tidak sihat mengundang risiko terkena pelbagai jenis penyakit, Kementerian Kesihatan- KKM memperkenalkan program V-IFiter (sebut V- ai fiter) yang dilihat membawa sinar baharu kepada rakyat yang inginkan kehidupan lebih sihat dan berkualiti.

Laporan Azizi Harun.

Kita sering diingatkan, Pengambilan makanan berlemak dan gula berlebihan serta aturan makanan yang tidak sempurna, amalan yang boleh mengundang kepada obesiti dan pelbagai jenis penyakit tidak berjangkit.

Namun tidak ramai yang mengendahkannya, sehinggalah diserang penyakit. Dan tanda awalnya adalah obesiti.

Walaupun rakyat dilarang melakukan aktiviti riadah di tempat umum di bawah Perintah kawalan pergerakan PKP, ia bukan alasan untuk rakyat tidak melakukannya di rumah masing-masing.

KKM dengan kerjasama Pertubuhan Pencegahan Obesiti kanak-kanak dan dewasa telah menyediakan platform maya kepada rakyat menerusi program V-Ifiter sebagai alternatif intervensi pengurusan berat badan yang boleh diakses peserta di mana jua mereka berada.

20 orang jurulatih dari bahagian pendidikan kesihatan KKM dari pelbagai bidang, antaranya sukan dan nutrisi terlibat mengendalikan latihan fizikal secara maya.

Ini juga merupakan inisiatif khidmat sosial KKM membantu jurulatih kecergasan yang kehilangan sumber pendapatan akibat perintah kawalan pergerakan PKP.

Program V-iFiter dengan tema "Bukan Soal Kurus" yang julung kali diadakan, mendapat sambutan 1039 rakyat dalam tempoh 3 jam ia dibuka untuk pendaftaran.