Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan - KPDNHEP kutip RM92,500 kompaun

  • Published in Laporan Khas


SETIAWANGSA, 28 Mei - 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenal pasti 39 kes atas pelbagai kesalahan membabitkan nilai kompaun berjumlah RM 92,500 di seluruh negara.

Menurut Pengarah Penguatkuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, ia hasil pemeriksaan ke atas 15,037 pemborong dan peniaga. 

Tinjauan wartawan Grace Aisyah Kedayan mendapati peniaga mematuhi harga yang ditetapkan.

Jelas Datuk Iskandar, antara kesalahan yang paling banyak dilakukan peniaga adalah gagal mempamerkan tanda harga pada barang kawalan.

"Kebiasaanya, peniaga tidak mempamerkan harga pada ikan, telur, makanan tin dan sebagainya."

"Kita minta supaya peniaga ikan mempamerkan harga sebab kita telah kompaun RM 1,000 sekiranya gagal berbuat demikian," tambahnya.

Sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa pada 20 Mei lalu hingga semalam, KPDNHEP menerima 28 kes kerana gagal pamer tanda harga.

Manakala 21 aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga yang tidak mematuhi skim harga maksimum.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa di Setiawangsa, Kuala Lumpur.