Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

PKS musim PKP sesuaikan pendekatan dan produk

  • Published in Laporan Khas

 

MELAKA, 25 April - Pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak menjejaskan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS yang menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi.

Menanganinya, pelbagai strategi baru dirangka usahawan PKS untuk terus kekal bertahan seterusnya mengharungi tempoh sukar ini.

Wartawan Nor Shafinaz Sari ada butirannya.

Memikirkan banyak kemungkinan yang mereka perlu harungi termasuk memastikan kebajikan pekerja terjamin dan perniagaan tidak gulung tikar, kebanyakan usahawan PKS memikirkan strategi pemasaran serta produk baru yang lebih relevan.

Apabila dikaitkan dengan PKP, perniagaan dalam talian menjadi pilihan setiap usahawan yang mula beralih menggunakan medium ini untuk memasarkan produk masing-masing.

Strategi perniagaan dalam talian ; paling relevan berikutan pergerakan pengguna terhad sepanjang tempoh PKP.

Namun, terdapat usahawan terpaksa menukar produk utama perniagaan mereka mengikut kehendak dan keperluan semasa pengguna.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, usahawan PKS perlu kreatif dalam memasarkan produk.

Bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai, inilah yang dibuktikan usahawan-usahawan PKS ini walau terpaksa menghadapi pelbagai situasi.