Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Bantu pihak zoo tampung bekalan makanan haiwan

  • Published in Laporan Khas

 


HULU KLANG, 13 April - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menyumbangkan sebanyak RM1.3 juta kepada pihak pengursan Zoo Negara bagi menampung bekalan makanan haiwan di zoo tersebut sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pemberian dana tersebut sekurang-kurangnya membantu pihak pengurusan zoo negara mengurangkan beban menyediakan makanan terhadap hidupan liar.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, memandang sirus isu tersebut, kementeriannyaakan meneliti dan menunggu laporan lengkap keadaan pengurusan dan pengendalian premis zoo.

"Saya yakin kesemua 14 buah zoo di seluruh negara masih memerlukan dana tambahan.

"Justeru saya menyarankan syarikat-syarikat korporat termasuk kerajaan negeri tampil memberikan bantuan," jelasnya.

Sehingga kini, pihak kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, PERHILITAN telah mengeluarkan sebanyak 34 permit pengendalian Zoo dan Pameran Tetap Hidupan Liar di bawah Akta Pemuliharaan Liar 2010 supaya pengendalinya tidak mengabaikan hidupan liar berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana berkata, pihaknya sedang giat melaksanakan Kempen Haiwan Angkat yang boleh disertai melalui laman sesawang Zoo Negara dengan memberi sumbangan secara one-off atau bulanan.

Terdapat beberapa pakej boleh dipilih, termasuk memberi bantuan makanan, perubatan dan perusahaan haiwan secara berterusan.

Jelasnya lagi, meskipun kini mengalami kekurangan dana, namun pihak Zoo Negara masih meneruskan proses memelihara dan memulihara haiwan liar seperti biasa.