Saturday, 26 September 2020

updated 5:40 AM UTC, Sep 26, 2020

Pertanian kukuh hubungan komuniti setempat

  • Published in Laporan Khas


KAJANG, 12 Mac
- Dalam usaha meningkatkan hubungan silaturahim di antara penduduk di Country Heights Residents, komuniti kawasan tersebut telah mengadakan penanaman buah-buahan secara bersama.

Dengan keluasan tanah 2.5 ekar yang terletak di dalam kawasan perumahan tersebut, pelbagai tanaman buah-buahan dilaksanakan.Ia termasuk buah durian, betik, mangga, manggis dan rambutan.

Jelas Pengerusi Country Heights Residents, Liew Ah Onn, idea penanaman tersebut terhasil daripada semangat muafakat dari komuniti kediaman tersebut.Malah, kesemua perbelanjaan pengurusan penanaman tersebut ditanggung oleh komuniti berkenaan.

Tambah beliau lagi, kesemua hasil tanaman tersebut dijual setiap hari Sabtu di kalangan penduduk dengan harga yang sangat.Tambah Liew Ah Onn, beliau juga bercadang pada masa yang akan datang, hasil jualan tersebut akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan seperti pusat kebajikan.

Jelasnya lagi, lebih banyak tanaman akan dilaksanakan seperti pisang dan nanas untuk mempelbagaikan hasil keluaran.Pada masa yang akan datang juga, buah-buahan tersebut akan dijual kepada pihak luar.