Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

Kuala Lumpur; tawar pelbagai destinasi unik, janjikan pengalaman menarik

  • Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 6 Mac - Berdasarkan laporan Euromonitor International, Kuala Lumpur berada pada kedudukan kesembilan dalam senarai bandar raya dunia paling dilawati pada 2017.

Di peringkat rantau pula, portal tempahan perjalanan Agoda menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandar ketiga paling menjadi pilihan di Asia.

Meski secara geografinya ia tidak sebesar negeri-negeri lain, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai destinasi unik yang menjanjikan pengalaman menarik.

Tidak dinafikan Kuala Lumpur adalah destinasi terbaik di Malaysia untuk aktiviti membeli belah.

Sama ada barangan berjenama atau yang boleh diborong, fesyen terkini atau gajet terbaharu di pasaran semuanya boleh didapati di Kuala Lumpur.

Namun bagi yang ingin lari daripada kesibukan dan keriuhan ibu kota, Taman Eko Rimba Kuala Lumpur adalah salah satu destinasi yang wajar dikunjungi.

Berusia lebih 160 tahun, ia terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Nanas.

Beberapa kemudahan disediakan kepada pengunjung di kawasan hutan yang dibuka setiap hari bermula 7 pagi hingga 6 petang itu

Ia termasuk padang permainan dan kawasan perkhemahan.

Bandar raya ini mempunyai beberapa masjid dengan struktur pembinaan yang unik dan moden.

Antaranya Masjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur juga memiliki sebuah Muzium Kesenian Islam berhampiran Masjid Negara yang menempatkan lebih 7,000 artifak Islam termasuk bahan pameran yang jarang ditemui.