Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

FAMA FEST beri peluang rakyat beli barangan keperluan pada harga berpatutan

  • Published in Laporan Khas

PARIT BUNTAR, 2 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus komited memainkan peranan memastikan rakyat dapat membeli barangan keperluan pada harga berpatutan.

Sehubungan itu penganjuran program FAMA FEST 2020 bukan sahaja dapat memperluas pasaran produk agromakanan tempatan malah membantu usahawan mempromosi produk melalui jualan terus kepada pengguna.

Pada masa sama rakyat memperoleh barangan keperluan harian dengan harga antara lima hingga 30% lebih murah daripada harga pasaran.

Acara tahunan FAMA sejak 2017 itu menyediakan platform kepada para pengeluar dan usahawan produk agromakanan tempatan ke arah mempertingkat tahap keusahawanan dan daya saing terutama jualan terus kepada pengguna.

Menurut Pengarah FAMA Perak, Anuar Mohamed tarikan utama program tersebut ialah Bazar Peduli Rakyat yang menawarkan pelbagai hasil makanan seperti ayam, daging, sayur-sayuran serta pelbagai produk asas tani yang dijual pada harga lebih murah daripada harga pasaran.

Sementara itu, para peserta FAMA FEST berharap agar program seumpama ini dianjurkan lebih kerap kerana ia merupakan platform kepada petani dan usahawan memasarkan produk mereka kepada pengguna.

Bagi orang ramai pula penganjuran FAMA FEST 2020 merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan produk pertanian dengan harga yang berbaloi dan murah.