Tuesday, 18 January 2022

updated 4:02 AM UTC, Jan 18, 2022

Mahkamah tangguh hukuman terhadap gadis hina polis

ALOR SETAR, 10 April - Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan permohonan pembantu kedai berusia 20 tahun untuk menangguhkan hukumannya selepas dia didapati bersalah menghina polis, dengan memuat naik status jelik di Facebook.

Ia berikutan rasa tidak puas hatinya terhadap anggota polis yang mengarahkannya pulang ketika pemantauan Ops COVID-19 dijalankan.

Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan memfailkan semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen Alor Setar yang menolak permohonan tertuduh pada 31 Mac lalu.

Datuk Ghazali kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan dua penjamin.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar turut diarahkan melapor diri di Balai Polis Pendang setiap dua minggu.

Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda 10 ribu ringgit.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar denda berkenaan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tambahan dua bulan ke atasnya.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Jenayah
  • Hits: 1548