Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

Tiga lelaki Rohingya direman , disyaki terlibat kes pecah rumah

KULAI, 29 April - Polis menahan tiga lelaki warga Rohingya bersama dua kanak-kanak berusia
lapan dan sembilan tahun di tiga lokasi berasingan kira-kira lapan malam semalam kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.

Polis yakin tangkapan tersebut akan menyelesaikan 10 kes pecah rumah di daerah itu sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, polis masih mengesan dua lagi rakan sejenayah suspek yang masih bebas, dikenali sebagai Norjan dan Abdullah.

Beliau ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kulai.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM80,000.

Semua tiga suspek berusia 20 hingga 32 tahun direman enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah manakala dua kanak-kanak dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Jenayah
  • Jumlah paparan: 988