Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

Ingkar PKP : 5 ditahan di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 2 Mei - Lima lelaki ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan di Kolombong Baru, Kota Kinabalu, Sabah pagi semalam.

Suspek berumur antara 18 hingga 54 tahun itu ditahan ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah restoran tanpa permit.

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman, siasatan mendapati pemilik restoran terbabit membenarkan mereka untuk membuat kerja-kerja pengubahan kecil di restoran berkenaan.

Jelasnya, tiga daripada suspek tinggal di Putatan manakala dua lagi masing-masing tinggal di Petagas dan Penampang.

Kesemua suspek dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Jenayah
  • Jumlah paparan: 408