Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Ingkar PKP, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami didenda RM800

PUTRAJAYA, 5 Mei - Mahkamah Majistret Putrajaya mendenda masing-masing RM800 terhadap Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusof, akibat melanggar perintah kawalan pergerakan, PKP. 

Majistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan.

Mengikut pertuduhan Datuk Nurul Hidayah yang merupakan anak presiden Umno, bersama suaminya bergerak dari kediaman di Kajang menuju ke Jabatan Alam Sekitar Putrajaya yang merupakan tempat dalam kawasan tempatan jangkitan di bawah Peraturan-peraturan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Kesalahan dilakukan pada 20 April 2020, pukul 9 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Peraturan 3 (1)Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11 Peraturan-peraturan sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurashikin Mokhtar manakala peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal mewakili kedua-dua tertuduh.

Media sebelum ini melaporkan Datuk Nurul Hidayah memuat naik beberapa gambar di instagram ketika bersama suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Jenayah
  • Jumlah paparan: 535