Sunday, 26 June 2022

Kerani syarikat perladangan dituduh buat pernyataan palsu Perkeso

SEREMBAN, 30 September - Di Mahkamah Majistret Seremban, seorang kerani syarikat perladangan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat pernyataan palsu.

Tertuduh, S. Uma Devi, 24 tahun, didakwa membuat pernyataan palsu bahawa dia terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gemencheh kira-kira pukul 9:10 malam, 11 Mei 2019.

Berdasarkan laporan yang dibuat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), tertuduh mendakwa mengalami kemalangan jalan raya iaitu dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Pada 7 Ogos 2019, siasatan oleh Pegawai Penyiasatan Perkeso mendapati kemalangan itu sebenarnya tidak wujud.

Pada 23 Ogos 2019, siasatan lanjut mendapati wanita itu membuat pernyataan atau representasi palsu di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 93 (a) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 93 akta yang sama.

Sebutan semula kes ditetapkan 28 Oktober ini.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Jenayah
  • Hits: 554