Monday, 16 May 2022

Makmal memproses dadah diserbu, seorang individu ditahan

MUAR, 24 Ogos - Lagi sindiket pengedaran dan penagihan dadah, di Muar, Johor, TUMPAS.

Kali ini membabitkan seorang individu berusia 57 tahun yang ditahan di sebuah rumah dekat Sri Menanti, yang dijadikan makmal memproses dadah.

Serbuan itu merupakan yang kedua selepas serbuan di kawasan Sabak Awor, sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip mengesahkan penahanan itu dan pihak berkuasa menemui sejumlah dadah dan serbuk bahan kimia berwarna putih dalam kediaman suspek.

Antara hasil rampasan, 279.3 kilogram disyaki serbuk putih bahan kimia, 11.7 Kilogram disyaki Heroin, 7.65 Kilogram disyaki Heroine Base, dan 3.07 kilogram disyaki Syabu.

Suspek juga mempunyai kesalahan lampau membabitkan dadah.

Turut disita, empat kereta, dua rantai emas, dan wang tunai RM47,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 15 (1) (a) mengikut akta sama.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Jenayah
  • Hits: 816