Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

AADK Perlis tahan 15 penagih

KANGAR, 23 September - 15 penagih ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis dalam Operasi Cegah dan Bersepadu AADK Negeri di lapan lokasi terutamanya di sekitar Simpang Empat, Arau, Sanglang dan Kuala Perlis.

Antara kawasan tumpuan operasi ialah Kampung Banis Tembus, Kampung Padang Keria, Batu 5 Baru, Ulu Pauh dan Pangsapuri Sena.

Pengarah AADK Perlis, Khairul Anwar Ahmad berkata, mereka yang ditahan hasil operasi mulai 17 September hingga 20 September melibatkan 20 anggota penguatkuasa AADK.

Kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia antara 19 tahun hingga 50 tahun.

Hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka adalah positif dadah jenis syabu atau methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Permulihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983 pindaan 1998.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Jenayah
  • Jumlah paparan: 103