Monday, 27 March 2023

Dua penganggur edar dadah diberkas

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 17 Mac- Dua penganggur warga tempatan diberkas polis selepas terbabit sindiket pengedaran dadah di sekitar Johor Bahru pada 14 Mac lalu.

Tangkapan dibuat hasil empat serbuan berasingan di Johor Jaya, Bandar Dato Onn dan Taman Setia Indah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sindiket itu aktif sejak hujung tahun lalu di rumah sewa dengan membungkus semula dadah-dadah yang disyaki diterima dari negara luar.

"Sindiket menyasarkan pusat-pusat hiburan sebagai tempat pengedaran dadah.

Nilai rampasan lebih RM1 juta melibatkan 21 kilogram dadah berjumlah lebih RM800,000 dan sitaan harta benda RM190,000," kata Kamarul kepada pemberita dalam satu sidang media, hari ini.

Suspek direman sehingga 21 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)