Wednesday, 28 September 2022

Penyelewengan diesel tumpas, jual balik secara haram kepada pihak industri

  • Published in Jenayah

IPOH, 19 Ogos- Serbuan di sebuah stesen minyak di Ipoh, berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Ketika serbuan petugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, sebuah lori bertutup kanvas didapati sedang mengisi diesel ke dalam
kenderaan tersebut.

Menurut Pengarah KPDNHEP Negeri, Saifullizan Kamarul Zaman hasil pemeriksaan mendapati saluran tangki asal minyak lori terbabit telah diubah suai dan disambungkan dengan empat unit tangki fiber.


(Saluran tangki asal minyak lori terbabit telah diubahsuai dan disambungkan dengan empat unit tangki fiber)

Kenderaan tersebut disyaki mengumpul minyak diesel dengan mengisinya di beberapa stesen sebelum dijual kepada pihak industri.

Pemandu lori ditahan untuk diambil keterangan.

Dianggarkan terdapat lebih 1,000 liter minyak diesel bersubsidi berjumlah RM45,850 di dalam lori yang disita.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.