Friday, 19 August 2022

71,833 kes jenayah komersial sejak 2020 hingga Mei lalu, disiasat

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 25 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menyiasat 71,833 kes jenayah komersial sejak 2020 hingga Mei lalu.

Ia melibatkan jumlah kerugian hampir RM5.2 bilion, sementara 68 peratus daripadanya merupakan jenayah penipuan dalam talian.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani RM173.21 juta jumlah kerugian dicatatkan tahun ini akibat kes penipuan seluruh negara setakat Mei.

(Acryl Sani dalam sidang media selepas merasmikan
pelancaran Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia 2022 di sini)

"3,833 kes penipuan pembelian barangan dalam talian direkodkan bulan lepas, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya di sini.

Turut mencatatkan peningkatan, penipuan menerusi telefon dengan 1,612 kes.

Manakala kes Penipuan Cinta atau African love, turun kepada 361 kes.