Sunday, 26 June 2022

23 kg syabu dirampas, di KLIA

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 23 kilogram dadah jenis syabu menerusi satu serbuan di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 dan 11 Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abdul Rahman, dadah berkenaan ditemui dalam 28 bungkusan teh cina dan plastik aluminium yang disumbat dalam ketuhar elektrik dan pembesar suara.

 

(Imran dalam satu sidang media di sini)

"Bahagian siasatan jenayah daerah KLIA telah berjaya menggagalkan beberapa cubaan penyeludup dadah menggunakan kurier di KLIA Sepang untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak," kata Imran di sini.

Kes disiasat mengikut Seskyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan.

Tambah Imran, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA telah merampas keseluruhan 56.07 kilogram syabu bernilai RM2.18 juta sejak Januari lalu.