Saturday, 25 June 2022

Pasangan suami isteri direman, disyaki dera kanak-kanak sehingga mati

  • Published in Jenayah

IPOH, 16 Mei- Pasangan suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak berumur 8 tahun sehingga maut, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

Penahanan suspek yang masing-masing berumur 40 tahun itu dibuat ekoran satu laporan polis dibuat oleh pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kira-kira pukul 3.14 pagi semalam.

(Pasangan suami isteri yang direman kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak sehingga maut dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh)

Berdasarkan laporan, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi selepas dibawa ke hospital tersebut.

Bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera pada tubuh kanak-kanak berkenaan akibat didera.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.