Monday, 16 May 2022

Seleweng minyak diesel, dua lelaki ditahan

  • Published in Jenayah


IPOH, 26 Januari- Dua lelaki ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak selepas dipercayai cuba menyeleweng minyak diesel di sekitar Manjung dan Sitiawan.

Siasatan yang dijalankan KPDNHEP cawangan Manjung itu mendapati, kedua-dua lelaki itu dipercayai membeli bekalan diesel dan mengisi ke dalam 'tong drum plastik' tanpa kebenaran Pengawal Bekalan yang sah.

Menerusi satu kenyataan, Ketua cawangan KPDNHEP Manjung, Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata, mereka ditahan bersama-sama dua lori ketika sedang melakukan transaksi pembelian diesel di stesen minyak terlibat.

Jelas beliau, diesel berkenaan dikatakan dibeli dan dijual kepada individu atau syarikat yang berminat untuk kegunaan kenderaan pengangkutan barang.

Kesemua barangan yang dirampas berjumlah hampir RM38,000.

Tambahnya, pemilik stesen minyak juga didapati gagal mematuhi syarat lesen yang telah ditetapkan.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.