Monday, 16 May 2022

Perbicaraan kes 'Datuk' palsu ditunda ke 24 Februari

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Perbicaraan kes menggunakan gelaran Datuk palsu oleh seorang ahli perniagaan ditunda ke 24 Februari selepas tertuduh tidak hadir di Mahkamah Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap peguam, Datuk Halim Shah Abdullah,tertuduh, Siri Devan Vindoraja tidak hadir perbicaraan dengan alasan bimbang penularan wabak COVID-19.

"Tetapi kita hanya tertumpu kepada gelaran palsu, jadi kita sudah dapat pengesahan SUK Pahang jadi hari ini dia punya perbicaraan tapi tidak hadir sebab alasan COVID- 19," katanya.

Tertuduh didapati menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf dalam setiap urusan persendirian dan perniagaannya.

Jika bersalah, boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4 (1) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Augerah (Mencegah penggunaan tidak wajar) Pahang 2017.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau penjara selama setahun dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.