Monday, 16 May 2022

Op Didik: 14 Saman Pol 257 dikeluarkan kepada pelajar sekolah

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 21 Januari- Polis Johor mengeluarkan 14 saman serta-merta (Pol 257) kepada pelajar di dua buah sekolah di bandar itu atas pelbagai kesalahan lalu-lintas.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, saman dikeluarkan semasa Op Didik yang dijalankan di kawasan tersebut.

"Antara kesalahan itu adalah tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan, tidak mempamerkan pelekat `P’, serta kesalahan ekzos," kata Superintenden Sohaimi.

Operasi itu melibatkan pemeriksaan ke atas 25 pelajar serta 20 motosikal, bertujuan memupuk kesedaran serta mendidik pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan mematuhi undang–undang jalan raya.

Polis turut menasihatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan anak-anak yang menggunakan kenderaan ke sekolah.