Logo

Maritim Malaysia Perak rampas sebuah bot fiber bersama 10 set bubu naga di Pulau Talang, Lumut

FOTO MARITIM MALAYSIA

LUMUT, 19 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak merampas sebuah bot fiber bersama 10 set bubu naga di kedudukan kira-kira dua batu nautika barat daya Pulau Talang, Lumut.

Pengarahnya Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata bot peronda Maritim Malaysia mengesan kedudukan bubu naga tersebut di sekitar perairan Pulau Talang.

Bot yang dikendalikan dua warga tempatan dan 10 set bubu naga itu diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan
lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Dalam kenyataan, beliau berkata penguatkuasaan dipertingkat memandangkan aduan sering diterima mengenai segelintir komuniti nelayan yang masih berdegil menggunakan bubu naga.

Penangkapan ikan atau hasil laut menggunakan bubu naga boleh mengancam pertumbuhan habitat marin yang berpotensi pupus selain menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.