Monday, 16 May 2022

Tragedi bot bawa PATI karam, RM700 perlu dibayar PATI untuk masuk Malaysia

  • Published in Jenayah


JOHOR BAHRU, 19 Januari- Perkembangan tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup masuk melalui perairan Pontian semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan dua tekong yang membawa sebelas PATI itu dikenakan bayaran 2 juta rupiah atau RM700 seorang untuk masuk ke negara ini.

Beliau berkata dengan bayaran tersebut mereka dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah.

"Dua tekong membawa migran ini mendapat upah daripada ejen dari Indonesia menjanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Malaysia, jadi upah diberi itu setiap orang mesti membayar sebanyak dua juta rupiah atau bersamaan RM700 seorang," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru.

Semalam, enam PATI maut, seorang kritikal dan enam lagi terselamat dalam tragedi bot karam dari Pulau Jaloh, Batam Indonesia dipercayai menuju ke Api-Api, Pontian.

Dua tekong berumur 30 tahun berkenaan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007; serta disiasat mengikut 691) (c) Akta Imigresen.