Monday, 16 May 2022

Pendakwaan Long Tiger ditangguhkan esok

  • Published in Jenayah


JOHOR BAHRU, 19 Januari-
Pendakwaan terhadap Long Tiger atau Abdul Hamim Abdul Hamid kerana meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, 15 Disember lalu ditangguhkan ke esok.

Prosiding sepatutnya berlangsung hari ini selepas perintah remannya berakhir.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd Fadhil Minhat ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk melakukan pendakwaan esok.

Pada 6 Januari lalu, Long Tiger dilaporkan masih direman, serta menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula 5 Januari hingga semalam.

Dia meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, 15 Disember lalu, dipercayai hendak menyelinap ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah pada 28 Disember.