Tuesday, 17 May 2022

Polis Selangor gempur kegiatan perjudian dalam talian

  • Published in Jenayah

SHAH ALAM, 18 Januari -89 individu ditahan sepanjang Operasi Khas Perjudian Dadu Khas Judi ‘on line’ (JOL) di Klang Selatan dan Kajang bermula Jumaat hingga Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor CP Datuk Arjunaidi Mohamed pecahan tangkapan melibatkan l perjudian dalam talian seramai 67 orang dan kategori Loteri Awam Tanpa Lesen seramai 22 orang.

Menurut beliau sindiket dikesan mempunyai pemain dalam kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia.

Mereka menggunakan pelbagai akaun bank tempatan dan luar bagi transaksi kewangan.

"Hasil daripada tangkapan tersebut, pihak polis telah berjaya merampas pelbagai peralatan perjudian terdiri daripada 77 buah komputer, 182 buah komputer riba, 33 buah telefon bimbit, 7 unit modem, 6 unit 'router' dan wang tunai. Daripada jumlah tangkapan dan serbuan ini, terdapat beberapa kes yang menarik perhatian iaitu serbuan pertama melibatkan tangkapan pusat panggilan yang menganjurkan dan mempromosikan perjudian judi dalam talian di Klang, Selangor dan 3 buah premis yang menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Klang selatan dan Kajang yang menggunakan komputer dan komputer riba,"katanya dalam sidang media di sini.

Kesemua individu yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4 (1)(a)(c) & (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.