Tuesday, 9 August 2022

Polis tahan 3 suspek, jenayah pusat panggilan judi dalam talian

  • Published in Jenayah

SENTUL, 15 Januari - Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti Pusat panggilan judi dalam talian yang mampu meraih kuntungan sehingga RM100,000 sebulan.

Ke semua suspek berumur 19 hingga 54 tahun, ditahan di sebuah pangsapuri di sekitar Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai dalam satu kenyataan berkata serbuan dibuat ke atas pangsapuri itu pada 12 tengah hari dan polis merampas beberapa peralatan komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem komputer, beberapa rangkai kunci rumah dan kad akses.

Beliau berkata, kesemua lelaki berkenaan dipercayai penjaga premis serta ejen ‘To Up Games’ di pusat panggilan dan berselindung di sebalik pangsapuri persendirian dengan sewaan RM1,800 sebulan untuk menjalankan aktiviti judi itu.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit kegiatan perjudian.