Monday, 16 May 2022

Dua lelaki ditahan, miliki 66.3 kilogram dadah

  • Published in Jenayah

 

JOHOR BAHRU, 14 Januari - Dua lelaki berusia 24 dan 44 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki 66.3 kilogram dadah serta 12 biji pil ekstasi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Superintendan R. Azizan Ibrahim berkata, sindiket beroperasi sejak awal tahun lalu, dengan menyewa rumah di kawasan berpagar dan berpengawal untuk menyimpan dadah. 

"Suspek berusia 44 tahun mempunyai 42 rekod lampau dadah dan jenayah, manakala seorang lagi suspek mempunyai empat kes dadah, selain dalam senarai dikehendaki," katanya.

Hasil ujian saringan urin mendapati, kedua-dua suspek positif dadah.

Dalam serbuan berkenaan sebuah kereta turut dirampas.

Hasil semakan mendapati kenderaan tersebut dilaporkan hilang pada November lalu di Melaka.

Suspek direman sehingga 20 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.