Wednesday, 26 January 2022

updated 12:26 PM UTC, Jan 26, 2022

Lelaki tempatan, wanita Vietnam ditahan bersama dadah bernilai RM63,785

  • Published in Jenayah



JOHOR BAHRU, 13 Januari
- Seorang lelaki tempatan dan wanita warga Vietnam dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam operasi di bandar raya ini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Superintendent R. Azizan Ibrahim berkata, suspek yang berusia 37 dan 31 tahun itu ditahan bersama dadah bernilai RM63,785.

"Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 89.7 gram syabu, 64.9 gram ketamin, 623 gram serbuk ekstasi, 337 biji pil Eramin 5, 304 biji pil ekstasi dan 26 biji pil yaba.

Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Lexus bernilai RM43,000 dan wang tunai sebanyak RM550,” katanya di sini.

Tambah beliau, suspek menjadikan rumah sewa di kawasan berpagar dan berpengawal sebagai pusat penyimpanan dadah sejak pertengahan tahun lalu.

Saringan urin mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Manakala semakan mendapati, suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek direman sehingga 19 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.