Wednesday, 26 January 2022

updated 10:33 AM UTC, Jan 26, 2022

Suspek bunuh pekerja ladang kepala sawit diburu

  • Published in Jenayah


BIDOR, 13 Januari- Polis Perak sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat kes bunuh seorang pekerja ladang kelapa sawit di Bidor, September lalu.

Ketua Polis Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek dikenali sebagai M. Anbu. (Anbu a/l Manikam).

Penahanan seorang lagi suspek dibuat pada 11 Januari lalu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

"Hasil soal siasat dijalankan ke atas suspek, menemui mayat mangsa yang ditanam dalam keadaan dibungkus menggunakan kanvas di sebuah kebun sawit di Bidor.

"Ketika kejadian pada 13 September tahun lalu, mangsa bersama rakannya diserang kedua-dua suspek bersenjatakan kayu di sebuah kolam ikan dekat Kampung Poh, Bidor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Mangsa berusia 29 tahun itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan oleh suspek sebelum menghilangkan diri.

"Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan masalah hutang dan kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran.