Wednesday, 26 January 2022

updated 11:43 AM UTC, Jan 26, 2022

Sorok ganja dalam bas kilang, pasangan suami isteri antara 6 individu diberkas.

  • Published in Jenayah



KULIM, 12 Januari - Polis Kedah merampas dadah jenis ganja seberat 58.98 kilogram dalam serbuan berasingan di Kedah dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Polis, Wan Hassan Wan Ahmad berkata, sepasang suami isteri dipercayai pengedar, merupakan antara 6 suspek yang ditahan dalam operasi pada 6 dan 7 Januari lalu.

Hasil soal siasat, polis berjaya merampas dadah yang disorokkan di bahagian tempat duduk pemandu dan tempat penyimpanan bagasi sebuah bas kilang.

Dadah tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran di Kedah dan Pulau Pinang.

"Tangkapan pertama membawa kepada tangkapan-tangkapan yang lain, dipercayai ada rangkaian.

Ada yang tak berkerja dan berkerja sebagai pengawal keselamatan, pemandu teksi dan pemandu bas, dipercayai untuk mengelirukan polis menggunakan kenderaan awam, tetapi atas maklumat awam serta risikan kita dapat tangkap dan cuba yang terbaik untuk lumpuhkan sepenuhnya," katanya dalam sidang media di sini.

Tambah beliau, lima buah kereta dipercayai digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah turut disita.

Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah sekysen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.