Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Tidak puas hati kes curi pembesar suara, seorang lelaki maut

  • Published in Jenayah

IPOH, 25 November - Polis menahan tiga lelaki susulan kejadian bunuh yang berlaku di pasar pagi berhampiran sebuah flat di Ipoh, pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati.

Mangsa dikatakan telah mencuri pembesar suara milik salah seorang daripada suspek.

Ia menyebabkan satu pergelutan berlaku sehingga membawa kepada kematian mangsa yang berusia 29 tahun.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ipoh.

Datuk Mior Faridalathrash berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemui di lokasi kejadian.

Permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 34 hingga 60 tahun terbabit akan dilakukan bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.