Thursday, 20 January 2022

updated 2:39 AM UTC, Jan 20, 2022

Ops Sedar bermula hari ini, kesan kenderaan tiada insurans

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 24 November - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula hari ini bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sekatan jalan raya (SJR) akan dibuat di beberapa lokasi terpilih.

Dalam satu kenyataan, Datuk Zailani berkata, pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans akan menimbulkan kesulitan kepada mereka sekiranya berlaku sebarang bentuk kemalangan.

Menurut beliau, pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans kenderaan motor boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya ditahan di SJR dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 serta lesen boleh digantung selama 12 bulan.

Semasa pelaksanaan Ops Sedar, JPJ juga menyediakan kemudahan Mobile JPJ untuk tujuan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia secara terus.