Thursday, 20 January 2022

updated 2:39 AM UTC, Jan 20, 2022

129 PATI ditahan, tiada dokumen sah dan salah guna dokumen

  • Published in Jenayah

SERI KEMBANGAN, 22 November - 129 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam serbuan di sebuah kilang di Seri Kembangan, Selangor malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud memaklumkan, mereka yang ditahan masing-masing 54 warga Bangladesh, 22 India, 48 Myammar dan 22 warga Nepal.

Kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 49 tahun.

Tidak memiliki sebarang dokumen sah dan menyalahgunakan dokumen yang dikeluarkan oleh Imigresen.

Selain Jabatan Imigresen, operasi turut disertai Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Tenaga Kerja.

Dalam perkembangan lain, Datuk Khairul Dzaimee memaklumkan, program Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin, Tenaga Kerja yang tamat pada 31 Dis ini tidak akan dilanjutkan.