Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

3,110 unit beg silang dirampas guna cap dagangan tidak sah

  • Published in Jenayah

PUTRAJAYA, 26 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah mengambil tindakan ke atas peniaga yang disyaki menjual beg silang menggunakan cap dagangan tidak sah melalui platform E-dagang.

Bertindak ke atas aduan, serbuan dijalankan terhadap premis yang dijadikan stor penyimpanan dan pusat pengurusan jualan barangan secara dalam talian.

Barangan yang ditemukan di premis itu disyaki menggunakan cap dagang tanpa kebenaran pemilik cap dagang.

Dalam serbuan itu, Orang Yang Disyaki telah ditahan dan rakaman percakapan telah diambil bagi tujuan siasatan.

Turut dirampas 3,110 unit beg silang manakala beberapa dokumen urus niaga lain disita bagi tujuan siasatan.

Nilai rampasan dianggarkan RM31,100.

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan cap dagangan berdaftar.