Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Empat lelaki diberkas selepas pecah masuk dan samun guru

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 23 Oktober - Empat lelaki diberkas selepas memecah masuk dan menyamun seorang guru di Kangkar Pulai, Skudai, Johor Bahru.

Penangkapan menerusi dua serbuan di Mutiara Rini dan Skudai, semalam.

Seorang lagi rakan subahat mereka sedang diburu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku pukul 2.00 pagi ketika mangsa sedang tidur.

Suspek bersenjatakan parang kemudiannya bertindak mengikat tangan mangsa menggunakan sarung bantal sebelum menggeledah rumah.

Pelbagai barangan berharga yang disamun melibatkan jumlah kerugian RM70,000.

Kesemua suspek berusia 23 hingga 36 tahun memiliki pelbagai rekod jenayah direman hingga Selasa ini.