Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol,samun warga asing

  • Published in Jenayah

BUTTERWORTH, 22 Oktober - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan rogol, paksa melakukan seks oral dan rompak.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit minggu lalu dengan menjadikan seorang wanita warga asing sebagai mangsa.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh, Zul Mazuan Zul Hilman @ Suresh Kumar didakwa meminta mangsa melakukan seks oral.

Dia kemudian merogol wanita terbabit sebelum merompak sambil mengacu pisau pada leher wanita berkenaan.

Selain itu, dia turut dituduh merompak seorang lagi wanita.

Tertuduh tidak mengaku salah.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM50,000 untuk semua pendakwaan.

Tertuduh juga dilarang mengganggu atau mendekati mangsa dan saksi.

Hakim Noor Aini Yusof menetapkan 29 November sebagai tarikh sebutan semula kes.