Saturday, 4 December 2021

updated 8:37 AM UTC, Dec 4, 2021

Lelaki tempatan dicekup, edar rokok tidak bercukai

  • Published in Jenayah

BATU PAHAT, 15 Oktober - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am memberkas seorang lelaki tempatan ketika sedang mengedar rokok tidak bercukai di Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Hasilnya, 388 karton rokok pelbagai jenama dirampas daripada suspek berusia 59 tahun ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Superintendan Dimin Awang berkata pihaknya percaya dapat memutuskan sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di kawasan itu.

Nilai rampasan lebih RM80,000.