Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Dakwaan pelajar meninggal dunia selepas divaksin tidak benar, Polis siasat video tular

  • Published in Jenayah

IPOH, 29 September - Polis Perak nafi dakwaan satu video tular yang mengatakan bahawa dua pelajar di negeri itu meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid al-Atrash Wahid berkata, kematian dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai itu berpunca daripada jangkitan COVID-19 dan penyakit jantung.

Jelasnya, pada 18 Julai lalu, seorang pelajar perempuan meninggal dunia selepas dikesan positif COVID-19.

Pelajar berkenaan dilaporkan mempunyai masalah kesihatan sedia ada termasuk kencing manis dan darah tinggi yang kronik selain telah ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selama dua bulan dalam keadaan kritikal.

Manakala Seorang pelajar lelaki meninggal dunia akibat sakit jantung pada 17 September lalu.

Tambahnya, dakwaan tersebut mengelirukan kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja hanya bermula pada 20 September.

Pihaknya juga akan menjalankan siasatan berhubung video yang tular, memaparkan seorang wanita mendakwa empat pelajar termasuk dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia selepas divaksin.