Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Dakwaan kebocoran data peribadi awam JPN, PDRM buka kertas siasatan

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 28 September - PDRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya berlaku kebocoran data peribadi awam menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Mat Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada Timbalan Pengarah JPN di Balai Polis Percint 7, Putrajaya, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan 'orang dalam' di organisasi berkaitan.

PDRM akan mendapatkan laporan pasukan bahagian Teknologi Maklumat JPN serta melakukan perbincangan untuk mencari punca kebocoran data seperti didakwa.

Pasukan penyiasatan jenayah siber membabitkan data peribadi awam JPN turut diwujudkan.

Sementara itu, LHDN dalam kenyataannya, menafikan dakwaan kebocoran jutaan data peribadi rakyat Malaysia untuk sistem myIDENTITY seliaan JPN, DIPEROLEH daripada laman sesawangnya.