Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Polis buru individu langgar HSO

  • Published in Jenayah

PUTRAJAYA, 25 September - Polis akan memburu individu yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 523 kes individu positif COVID-19 yang Mendaftar Masuk ke premis awam menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata strategi penguatkuasaan baharu itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard COVID-19 (JKPS).

Jelasnya, KKM akan menyalurkan maklumat dengan serta merta bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan pantas.

Beliau ditemui dalam sidang media Kementerian Dalam Negeri, di Putrajaya.