Logo

Sajat ditangkap di Thailand

KUALA LUMPUR, 20 September - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah ditangkap di Thailand 8 September lalu atas kesalahan imigresen.

Ketika ini usaha untuk membawanya pulang ke tanah air dipergiat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan, Sajat telah didenda mahkamah Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

Suspek turut dikehendaki di Malaysia untuk siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Usaha memohon ekstradisi dilakukan bagi membawa dia pulang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.