Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

6KG syabu dirampas, suspek menyamar nelayan larikan diri ke negara jiran

  • Published in Jenayah

KOTA TINGGI, 17 September - 6 kilogram syabu dirampas di perairan selatan Tanjung Setapa, Kota Tinggi, Johor.

Dadah berkenaan dipercayai mahu diseludup keluar ke negara jiran.

Rampasan dibuat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, malam kelmarin.

Dadah ditemukan disimpan dalam tong di sebuah bot.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek yang menyamar sebagai nelayan bertindak melarikan diri ke perairan Indonesia.

Timbalan Pengarah( Operasi) Maritim Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, suspek dipercayai cuba menyeludup keluar dadah berkenaan ke negara jiran menerusi perairan sempadan negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.