Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Culik rakan senegara, empat warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan didakwa

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 17 September - Empat warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan berdepan hukuman gantung atas tuduhan menculik dan meminta wang tebusan.

Tertuduh menjadikan seorang rakan senegara sebagai mangsa.

Tertuduh dikenali sebagai Md Raihan Hosen, Josim, Miah Soraf dan Nusrat Jahan Bipasha.

Turut didakwa, Faridah Jeya Sly Ramesh.

Mereka dituduh melarikan seorang lelaki Bangladesh bagi mendapatkan wang tebusan kira-kira RM50,000.

Kesalahan dilakukan di Kajang pada 27 Ogos lalu.

7 Oktober ditetapkan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.