Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Warga Nigeria dihukum gantung, bunuh Siti Khairina pada Mei 2019

  • Published in Jenayah

SHAH ALAM, 4 Ogos - Seorang warga Nigeria dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang pada Mei 2019.

Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38 tahun didapati bersalah membunuh Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, di sebuah kondominium di Cyberjaya antara 12.41 pagi 9 Mei hingga 2.30 petang 15 Mei 2019.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan hukuman itu selepas berpuas hati pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Tertuduh diwakili peguam, Shafinah Taib didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pada Mei 2019, media melaporkan penemuan mayat Siti Kharina selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat darah mengalir keluar daripada kondominium berkenaan.