Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Rasuah, 2 Pegawai Daerah dan seorang kontraktor direman

  • Published in Jenayah

PUTRAJAYA, 24 Julai - 2 Pegawai Daerah Selangor dan seorang kontraktor direman selama 6 hari. 

Mereka disyaki menerima rasuah daripada kontraktor projek dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.

Perintah reman sehingga 28 Julai dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, kedua-dua suspek merupakan bekas Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perbandaran di Selangor.

Kontraktor terlibat didakwa merasuah kedua-dua suspek bagi membolot projek ditawarkan di 2 majlis perbandaran mereka.

Dipercayai kontraktor terbabit mengawal 16 syarikat yang didaftarkan atas nama saudara dan pekerja-pekerja beliau.

Di anggarkan projek yang dimonopoli mencecah jutaan ringgit sejak tahun 2018 hingga 2021.

Kedua-dua bekas YDP tersebut didakwa menerima habuan rasuah sebanyak 5 peratus daripada nilai projek selain pelbagai bentuk suapan rasuah.