Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Kontena ditahan, bawa lebih 24,000 kg susu tepung

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 13 Julai - Sebuah kontena membawa 24,925 kilogram susu tepung dari Amerika Syarikat ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang, 12 tengah hari semalam. 

Kontena berkenaan mengandungi 997 beg susu tepung dengan nilai RM304,583.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, Hizzuan Hasim menerusi kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati nombor siri dinyatakan, berbeza daripada di dalam sijil kesihatan dan label bungkusan yang diikrarkan.

Kesalahan tersebut disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).